Pengepungan Sarajevo
Pengepungan Sarajevo

Pengepungan Sarajevo

NATO (1994–96) Sefer Halilović
Rasim Delić
Jovan Divjak
Enver Hadžihasanović
Mustafa Hajrulahović
Vahid Karavelić
Nedžad Ajnadžić
Mušan Topalović 
Vladimir Šaf Leighton W. SmithPengepungan Sarajevo merupakan satu pengepungan terpanjang ke atas sebuah ibu negara dan sejarah peperangan moden.[3] Selepas pada awalnya dikepung oleh pasukan tentera dari Tentera Darat Rakyat Yugoslavia, Sarajevo, ibu negara bagi Bosnia dan Herzegovina, dikepung oleh Tentera Darat Republika Srpska bermula pada 5 April 1992 sehingga 29 Februari 1996 (1,425 hari) semasa Perang Bosnia. Pengepungan ini berlangsung tiga kali lebih lama berbanding Pertempuran Stalingrad dan setahun lebih lebih lama daripada Pengepungan Leningrad.[4]Apabila Bosnia dan Herzegovina mengistiharkan kemerdekaan daripada Yugoslavia selepas Pungutan suara kemerdekaan Bosnia, 1992, tujuan strategik puak Serb Bosnia adalah untuk mengasaskan sebuah negara Serb Bosnia baru di Republika Srpska (RS) yang mana termasuk kawasan-kawasan penduduk majoriti Bosniak[5]—mengelilingi bandar Sarajevo dengan seramai 13,000 tentera[6][7][8] daripada bukit-bukit sekelilingnya. Dari sini, mereka menyerang bandar dengan tembakan artileri, kereta kebal dan senjata kecil.[9] Bermula 2 Mei 1992, puak Serb mengepung bandar ini. pasukan pertahanan kerajaan Bosnia (ARBiH) yang berada dalam bandar yang dikepung, berjumlah sekitar 70,000 tentera,[10] tidak dilengkapi dengan persenjataan dan tidak berjaya memecahkan kepungan.Sejumlah 13,952 orang telah terbunuh semasa pengepungan ini, termasuk 5,434 orang awam. Pihak ARBiH kehilangan 6,137 mangsa, sementara korban di pihak tentera Serb Bosnia berjumlah 2,241 orang tentera. Bancian pada 1991 menunjukan sebelum dikepung, bandar dan kawasan sekitarnya mempunyai penduduk seramai 525,980 orang. Terdapat anggaran sebelum dikepung, jumlah penduduk di bandar adalah 435,000 orang. Anggaran penduduk yang tinggal di Sarajevo selepas pengepungan antara 300,000 hingga 380,000.[6]Selepas perang, Tribunal Jenayah Antarabangsa bagi bekas Yugoslavia (ICTY) menyabitkan dua orang pegawai Serb untuk pelbagai jenayah kemanusiaan yang dilakukan semasa pengepungan. Stanislav Galić[11] dan Dragomir Milošević[12] masing-masing telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan 29 tahun dipenjarakan. Satu daripada 11 pendakwaan rasmi ke atas Radovan Karadžić, bekas presiden Republika Srpska, adalah pengepungan ini.[13]

Pengepungan Sarajevo

Tarikh 5 April 1992[1] – 29 February 1996[2]
(3 tahun, 10 bulan, 3 minggu dan 3 hari)
TarikhLokasiHasil
Tarikh5 April 1992[1] – 29 February 1996[2]
(3 tahun, 10 bulan, 3 minggu dan 3 hari)
LokasiSarajevo, Bosnia dan Herzegovina
Hasil
Lokasi Sarajevo, Bosnia dan Herzegovina
Hasil

Rujukan

WikiPedia: Pengepungan Sarajevo http://www.sa92.ba/v1/index.php?&lang=en http://www.apnewsarchive.com/1995/Bosnian-Army-Say... //scholar.google.com/scholar?q=%22Pengepungan+Sara... //www.google.com/search?&q=%22Pengepungan+Sarajevo... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Penge... //www.google.com/search?q=%22Pengepungan+Sarajevo%... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Pengepungan... http://theharvardadvocate.com/article/68/sarajevo-... http://www.digitaljournalist.org/issue0405/remembe... http://www.icty.org/x/cases/dragomir_milosevic/acj...